fbpx

Pantau 24 jam elak tiada gangguan air masa Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai LUAS menjalankan pemantauan 24 jam tanpa henti di kawasan lembangan sungai utama di Selangor

SHAH ALAM – Operasi pemantauan 24 jam dipergiatkan di kawasan sensitif sumber air bagi mengelakkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) ketika musim perayaan.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataannya memaklumkan ini termasuk Lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang selain empangan-empangan negeri.

Katanya, turut melaksanakan pemantauan statik (pensampelan in-situ) di kawasan strategik yang dikenal pasti berisiko.

“LUAS telah berjaya mencegah 24 insiden pencemaran daripada menjejaskan operasi LRA (kod kuning ) sehingga semalam.

“Setakat ini, tiada kes pencemaran yang menyebabkan henti tugas LRA (Kod Merah) direkodkan,” katanya.

Sehubungan itu, LUAS menyarankan melaporkan kepada pihaknya menerusi talian aplikasi WhatsApp +6019 264 7904 atau emel [email protected] sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan yang berpotensi mencemarkan sumber air.

“Merujuk kepada Seksyen 104(4), Enakmen LUAS 1999 (Pindaan 2020), LUAS boleh memberi apa-apa ganjaran kepada mana-mana individu bagi pemberian maklumat berkenaan dengan pengesanan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen LUAS.

“Pemberian ganjaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditentukan oleh LUAS,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI