fbpx

Hasil menabung, Scha Elinnea dapat beli kereta mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
cha ELINNEA bersama kereta mewah jenis Mercedes Benz AMG-A180 yang berharga hampir RM200,000 miliknya.

PETALING JAYA – Bukan sahaja dapat berkereta baharu menjelang hari raya Aidilfitri, pelakon sensasi Scha Elinnea meluahkan kesyukuran apabila berjaya memiliki sebuah kereta mewah yang diidamkan selama ini pada usia 21 tahun.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen, 21, berkongsi beberapa keping foto bersama kereta mewah jenis Mercedes Benz AMG-A180 baharu yang dibe­linya.

“Alhamdulillah pada usia 21 tahun di muka bumi ini, hari ini saya boleh berdiri di hadapan cermin dan berkata bahawa saya bangga dengan diri sendiri.

“Saya tidak pernah menyangka boleh memiliki sebuah kereta mewah yang menjadi i­daman saya selama ini pada usia muda. Semua ini tidak akan saya perolehi tanpa sokongan dan doa daripada keluarga,” ujarnya.

Scha ketika dihubungi Kos­mo! berkata, dia bercita-cita untuk memiliki sebuah kereta pada usia 21 tahun sejak di bangku sekolah menengah lagi.

“Alhamdulillah rezeki. Kereta ini mula dibeli sejak bulan April lalu. Saya memang minat dengan model kereta ini (Mercedes Benz AMG-A180) kerana reka bentuknya unik dan cantik.

“Saya rasa sangat gembira. Tidak sia-sia selama ini saya penat bekerja. Bukan sahaja berlakon, tetapi juga menguruskan perniagaan. Akhirnya saya rasa terbayar,” ujarnya.

Pernah terkait dengan isu selebriti jual tubuh untuk kemewahan segera, Scha sedar kemampuannya memiliki kereta mewah pada usia muda mungkin dipandang skeptikal sesetengah netizen.

Dia bagaimanapun malas untuk ambil pusing tentang pandangan negatif sebegitu terhadap dirinya.

Ujar pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, hanya dia serta keluarga yang tahu tentang usahanya menabung semata-mata untuk membeli kereta yang dianggarkan berharga hampir RM200,000 itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI