fbpx

Penjawat awam antara 13 ditahan terlibat parti liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
13 individu ditahan selepas terlibat dalam aktiviti parti liar di sebuah rumah di Jalan Imbi awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang penjawat awam antara 13 individu ditahan selepas terlibat dalam aktiviti parti liar di sebuah kondominium di Jalan Imbi awal pagi tadi.

Dalam serbuan pada pukul 2.45 pagi itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada lelaki (5) dan wanita (8) warga tempatan berusia dalam lingkungan 19 hingga 39 tahun.

“Siasatan awal mendapati, mereka mengadakan aktiviti tidak bermoral itu dengan tujuan berhibur bersama kenalan rapat.

“Rumah berkenaan telah ditempah semalam melalui seorang lelaki warga Bangladesh dengan bayaran RM180 sehari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, penganjur merupakan seorang wanita berusia 32 tahun dan didapati positif dadah jenis Ketamin.

“Kita difahamkan, penganjur turut menyediakan dadah jenis Ketamin yang dibeli dengan harga RM400 bagi empat paket untuk berhibur.

“12 individu yang ditahan termasuk seorang wanita berusia 33 yang juga seorang penjawat awam didapati positif dadah jenis Ketamin sementara seorang lagi negatif,” jelasnya.

Katanya, kesemua tangkapan telah dibawa ke lokap IPD Dang Wangi dan akan direman selama tiga hari sehingga Isnin depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Polis turut mengeluarkan 13 kompaun atas kesalahan melanggar arahan di bawah peraturan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) (No. 2)(Pindaan)(No.5) 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI