fbpx

Lima lelaki seludup mercun, rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara rokok dan mercun yang cuba diseludup salah seorang lelaki dalam serbuan di Taman Selesa Jaya, Skudai, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Polis berjaya membuat tangkapan dan rampasan pelbagai jenis mercun dan rokok dalam tiga serbuan berasingan membabitkan nilai rampasan RM1.38 juta, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, kesemua serbuan itu dilakukan di lokasi berasingan iaitu di Pasir Gudang, Muar dan Iskandar Puteri.

Katanya, serbuan pertama membabitkan penahanan dua suspek lelaki berusia 39 dan 42 tahun kerana memiliki 157 kotak mercun pelbagai jenis di Taman Air Biru, Pasir Gudang, pada pukul 10 pagi.

“Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipercayai digunakan untuk melakukan kerja-kerja sindiket, nilai keseluruhan rampasan adalah RM115,318.

“Serbuan kedua melibatkan penahanan dua lelaki berusia 33 dan 37 tahun, kerana memiliki 363 kotak dan guni mercun pelbagai jenis di sebuah premis di Jalan Putera 6, Taman Putera Indah, Muar, pada pukul 11 pagi.

“Turut dirampas sebuah lori Hicom yang dipercayai digunakan sindiket tersebut dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM352,350,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) manakala suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan Muar.

Sementara itu, dalam serbuan ketiga pula, PGA berjaya menahan seorang lelaki berusia 64 tahun dan merampas 5,000 karton rokok pelbagai jenama tidak bercukai di sebuah premis beralamat di Jalan Silat Cekak, Taman Selesa Jaya, Skudai, pada pukul 12.30 tengah hari.

“Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Toyota Unser yang dipercayai digunakan suspek untuk tujuan pengedaran rokok seludup itu di sekitar Johor Bahru.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM913,000 manakala tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Dimin turut memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI