fbpx

Kelantan sedia kemungkinan perintah ‘lockdown’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mumtaz (kanan) bersama Zulkepli menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan asnaf secara pandu lalu di Peringat, Kota Bharu, di sini semalam. /FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan sudah bersedia dengan kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat iaitu ‘lockdown’ dilaksanakan di seluruh negeri Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md. Nawi berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dilaksanakan memandangkan kes Covid-19 di Kelantan dilihat semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.

“Bagaimanapun, ia akan diputuskan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob jika benar PKP yang lebih ketat dilaksanakan tidak lama lagi.

“Jika ada PKP yang betul-betul, kemungkinan besar ‘lockdown’ akan dilaksanakan.

“Kita akan tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Menteri Besar pada bila-bila masa lebih-lebih lagi dalam keadaan kes Covid-19 di negeri ini masih mencatatkan bilangan tiga angka setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat kepada 310 golongan asnaf secara pandu lalu di Peringat, di sini malam tadi.

Dalam majlis itu, Mumtaz turut menyerah cek bernilai RM15,000 kepada Pengerusi Yayasan Amal Datuk Zul Wisma, Datuk Dr. Zulkepli Mohamad.

Dalam perkembangan lain, Mumtaz berkata, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Katanya, berdasarkan rekod, rakyat biasa dan peniaga yang terkesan akibat Covid-19 akan dibantu dengan segera.

“Kita telah mengarahkan penghulu di kawasan kampung untuk mengenal pasti mereka yang terkesan ketika ini agar bantuan dapat terus disalurkan.

“Selain itu, semua Exco kerajaan negeri juga telah diarahkan untuk melihat sumbangan daripada portfolio masing-masing melalui peruntukan RM3 juta yang telah diagihkan ke seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai semalam,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI