fbpx
MORAES (tengah) turut mencetak nama selaku penjaring ketika Selangor membelasah Kelantan TRW di Kota Bharu kelmarin.

Liga Super: Selangor buktikan keinginan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIARPUN kecewa tersingkir daripada saingan Piala Malaysia di tangan Kuching City FC, Selangor FC tetap memasang impuan untuk meraih slot Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) pada musim 2026/2027 nanti.

Jurulatih Selangor, Kim Pan-gon berkata, tugas utama Gergasi Merah ketika ini adalah untuk memastikan mereka dapat mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga demi merealisasikan harapan ke pentas Asia itu.

“Ini yang kita mahukan (slot ACL2). Sebab itu kita perlu berjuang sehingga ke titik penyudah dan terus mengukuhkan kedudukan pada tangga kedua liga sehingga ke penghujung musim.

“Kami sudah memberikan yang terbaik dan melaksanakan tugas sebaik mungkin sebagai sebuah pasukan. Kini kami benar-benar mengidamkan peluang ke ACL2,” katanya selepas perlawanan Liga Super menentang Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin.

Mengulas kemenangan besar 6-0 ke atas Kelantan TRW, Pan-gon menganggap ia merupakan tonik kebangkitan cukup bermakna buat skuad Gergasi Merah selepas kekecewaan akibat tersingkir dari saingan Piala Malaysia pada peringkat separuh akhir.

“Ini membuktikan Selangor tidak akan jatuh, tidak mudah kecewa dan pastinya tidak akan pernah mengalah. Kami merupakan sebuah pasukan yang kuat dan respons diberikan barisan pemain malam ini sangat bermakna untuk pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN