fbpx

Gembira dapat beraya dengan Mama – Da’i Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Shah Iqmal ketika ditemui selepas prosiding sebutan semula kes pertuduhan rogolnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, di sini hari ini.

SHAH ALAM – Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful yang kini berdepan pertuduhan merogol seorang wanita di Mahkamah Sesyen, hari ini tetap tenang dan menzahirkan rasa gembira dapat berpuasa dan beraya bersama ibunya, tahun ini.

Syed Shah Iqmal, 25, yang ditemui selepas sebutan semula kes pertuduhan tersebut memaklumkan berada di samping ibunya adalah sesuatu yang menyenangkan dirinya meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia turut memberitahu, perniagaan biskut dan tudungnya turut mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelanggan dari segi penjualan unitnya.

“Happy (gembira) sikit sebab dapat berpuasa dan beraya dengan mama walaupun dalam tempoh PKP.

“Tahun ini akan beraya di Bandar Tropicana Aman berhampiran Bandar Saujana Putra,” katanya.

Terdahulu dalam prosiding di hadapan Hakim Rihaida Rafie, pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Baizura Mohd. Saubian menyerahkan dokumen laporan perubatan daripada Hospital Kajang.

“Laporan kimia daripada Jabatan Kimia masih belum diperolehi dan memohon tempoh tiga minggu untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen itu,” katanya.

Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal tidak membantah dan akan menunggu semua dokumen secara keseluruhan untuk diteliti sebelum menunggu arahan lanjut anak guam. Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Julai depan.

Dalam pada itu, Syed Amirul ditemui pemberita selepas prosiding itu turut memaklumkan pihaknya tidak akan menghantar representasi sebaliknya akan terus kepada proses perbicaraan pertuduhan tersebut.

Pada 10 Disember tahun lalu, Syed Shah Iqmal, 25,  mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun yang juga penganggur di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini, pukul 11.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Syed Shah Iqmal turut dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Selain, dia juga didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya dengan pendakwaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI