fbpx

Pengunjung, tauke pusat hiburan ingkar SOP dikompuan RM180,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 28 pengunjung termasuk pemilik dua buah pusat hiburan di Lebuh Pantai, George Town di sini dikompaun sehingga RM180,000 kerana ingkar SOP PKPB dalam operasi khas pematuhan awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Tindakan keras kepala dua pemilik pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini yang menjalankan operasi secara tersembunyi memakan diri apabila dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 termasuk diarah tutup operasi awal pagi tadi.

Dalam operasi yang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) kira-kira pukul 1 pagi itu, seramai 26 pengunjung turut dikenakan kompaun sebanyak RM130,000.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati pemilik pusat hiburan berkenaan telah menjalankan aktiviti terlarang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, masing-masing pemilik premis berusia dalam lingkungan 40-an itu didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Pemilik premis berkenaan masing-masing dikenakan kompaun di bawah Peraturan 19(2) iaitu sebanyak RM25,000 termasuk diarah tutup premis.

“Kita telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM180,000 termasuk RM5,000 kepada setiap pengunjung pusat hiburan berkenaan yang ingkar dengan arahan yang ditetapkan. Malah, kita dapati ada pengunjung yang masih datang lewat pada pukul 1 pagi tadi.

“Antara alasan yang diberikan adalah mereka tidak mengetahui tentang prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan sedangkan lebih setahun setengah kita berdepan dengan dilema pandemik Covid-19. Ini alasan yang tidak boleh diterima,” katanya hari ini.

Beliau memberitahu, tindakan sedemikian juga boleh menyebabkan kesukaran untuk mengawal penularan wabak tersebut atas kelalaian orang awam mengunjungi ke pusat hiburan atau melakukan aktiviti terlarang.

Justeru, beliau menasihatkan orang awam supaya mematuhi SOP yang ditetapkan demi memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI