fbpx

Berkorban jaga ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatini menjaga ibunya yang sakit kanser tulang ketika ditemui di Taman Warisan Megah, Sepang semalam.

SEPANG – Seorang remaja rela berkorban menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser tulang tahap empat sehingga terpaksa melupakan seketika hasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

Fatini Ismail, 22, menjaga ibunya, Suffia Adnan, 48, yang di­sahkan menghidap penyakit itu sejak 2019 selepas bapanya me­ninggal dunia enam tahun lalu.

Pelajar tajaan Pusat Zakat Selangor yang memiliki Diploma Jurusan Pendidikan Sains daripada sebuah universiti swasta itu berkata, dia tidak pernah penat menjaga ibu serta keluarganya.

“Ibu memerlukan perhatian dan penjagaan rapi selain saya juga perlu menjaga makan minum adik-adik lain.

“Kakak sulung yang masih belajar juga sama-sama memikul tanggungjawab ini dengan bekerja sambilan demi mencari nafkah buat keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Warisan Megah di sini baru-baru ini.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, ibunya di­sahkan menghidap kanser tulang selepas dia mengalami kencing berdarah dan ada ketulan sepanjang tujuh sentimeter pada buah pinggang.

Menurut Fatini, ibunya kemudian dikehendaki menjalani pembedahan membuang ketumbuhan, namun ia agak terlambat kerana sel barah itu sudah merebak hingga tulang belakang sekali gus menyebabkan ia sukar diubati.

“Ibu saya kini hanya berharap kepada ubat tahan sakit dan berserah kepada Allah terhadap segala kemungkinan yang akan terjadi. Kami adik-beradik juga bersedia dan reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Fatini bersyukur kerana ibunya menerima bantuan daripada pihak Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat selain sumbangan pihak luar dalam mengurangkan beban yang dipikul mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah lampin pakai buang ibu pun diterima hasil sumbangan daripada pihak luar, manakala duit makan dan minum hasil sumbangan yang diberikan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Fatini me­minta orang ramai yang ingin membantu meringankan beban yang dihadapinya boleh menderma menerusi akaun BSN 1015 9417 0001 8266 (Suffia) atau ­menghubunginya di talian 011-6070 0348.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI