fbpx

Bomba tersenarai sebagai penerima TAPPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hamdan (kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Penolong Kanan Pengusaha Bomba Gred KB 32, Mohd. Khairul Izwan Hariffin (kanan) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan Tahun 2020 di Royale Chulan, Seremban hari ini. - Foto MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE

SEREMBAN – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mendapat manfaat menerusi inisiatif Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) sekiranya berlaku kematian atau kecederaan ketika bertugas.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, ini berikutan ahli lembaga mesyuarat bagi TAPPN telah meluluskan permohonan JBPM untuk dimasukkan sebagai salah satu penerima sumbangan daripada tabung tersebut.

“JBPM akan menerima manfaat daripada tabung tersebut sekiranya ada berlaku kematian, kecederaan dan juga yang sepatutnya di bawah tabung tersebut.

“Warga bomba sebelum ini tidak ada, ia hanya untuk polis dan juga tentera jadi sekarang ini dianggap bahawa perkhidmatan bomba masuk dalam golongan yang dikira bertanggungjawab di atas keselamatan masyarakat dan mereka juga diberi penghormatan di bawah tabung tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Negeri Sembilan di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Mohammad Hamdan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 56 orang penerima serta Sijil Perkhidmatan 30 Tahun kepada 19 orang penerima.

Mohammad Hamdan berkata, perincian mengenai perkara itu termasuk aspek perlindungan dan pampasan akan dibincangkan dengan ahli lembaga mesyuarat TAPPN tersebut termasuk melibatkan tempoh bila ia akan dikuat kuasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI