fbpx

MSN sasar 33 atlet ke Sukan Olimpik Tokyo 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD SHAPAWI

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

 

MAJLIS Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran seramai 33 atlet negara melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan bermula Julai depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, buat masa ini seramai 12 atlet  sudah menempah tiket untuk beraksi di pentas olimpik tersebut. 

Berbaki 89 hari lagi, beliau percaya masih ada masa buat atlet kebangsaan untuk melayakkan diri dengan menyertai kejohanan kelayakan sehingga Jun ini. 

“Jangkaan bagi temasya Sukan Olimpik, dianggarkan seramai 33 atlet kebangsaan melayakkan diri untuk mewakili negara atau kurang daripada itu memandangkan banyak kejohanan kelayakan dibatalkan.

“Kalau ada kejohanan kelayakan bagi Olimpik Tokyo dianjurkan, atlet kita akan menyertainya. Terdapat banyak kejohanan yang bakal berlangsung seperti Terbuka Malaysia untuk badminton dan kejohanan Terjun Piala Dunia 2021 pada bulan depan, mungkin kita akan dapat pertambahan atlet yang lain,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Flag Off Jelajah Sokongan Road To Tokyo 2020 di Bangunan Dato Jaafar Muhamad di Iskandar Puteri, Johor.

Ketika ini, antara 12 atlet sudah mengesahkan tempat di Olimpik ialah dua jaguh berbasikal dunia, Azizul Hasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Ahmad Shapawi berkata, bagi atlet paralimpik pula, pihaknya meletakkan sasaran 35 atlet akan mewakili negara selepas 14 atlet sudahpun melepasi kelayakan ke temasya sukan tersebut.

Mengenai pemberian vaksin kepada atlet yang akan mewakili negara ke Olimpik Tokyo, beliau berkata, sebahagian besar sudah menerima dos pertama dan akan menerima dos kedua pada 4 Mei ini. 

“Buat Azizulhasni dan Shah Firdaus, mereka  berdua masih lagi berada di Australia. Mereka akan balik pada bulan Jun ini dan akan menerima vaksin dalam bulan yang sama,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI