fbpx
SZE FEI (kiri) dan Izzuddin masih belum berpuas hati biarpun sudah mengumpul gelaran dalam kelima-lima tahap kejohanan Jelajah Dunia.

DinFei masih dahagakan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus dahagakan gelaran meskipun baru sahaja menawan takhta Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia minggu lalu.

Sze Fei menyifatkan kejohanan-kejohanan besar lain seperti Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia merupakan impian mereka, sekali gus memerlukan dia dan Izzuddin mengekalkan rasa ‘dahaga’ itu.

Katanya, walaupun sudah memiliki gelaran dalam kelima-lima tahap Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), namun bekas beregu No.1 dunia itu masih mahu memburu kejuaraan dalam kejohanan lain.

“Saya rasa kita tidak meletakkan sasaran apa-apa kejohanan tetapi kami tidak boleh mudah berpuas hati dengan apa yang ada. Kami perlu kekal dahaga untuk mencapai lebih banyak (kejayaan).

“Belum ada semua (gelaran) kerana banyak lagi kejohanan yang kami belum dapat. Itu (Olimpik dan Kejohanan Dunia) memang impian kami,” katanya ketika ditemui pada Klinik Badminton bersama Sze Fei-Izzuddin anjuran AIA Vitality di sini, hari ini.

Ahad lalu, pasangan yang diberi julukan DinFei itu merangkul gelaran Terbuka Indonesia selepas membenam beregu tuan rumah, Ramon Indra-Nikolaus Joaquin menerusi aksi tiga set 13-21, 21-18, 21-10.

Sementara itu, mengulas mengenai penglibatan syarikat korporat bagi memberikan tajaan kepada pemain-pemain profesional, Izzuddin mengalu-alukannya kerana menganggap masih ramai pemain memerlukan bantuan.

“Saya harap banyak lagi syarikat swasta yang melihat peluang ini, bukan hanya kami, malah pemain-pemain lain juga. Mereka masih memerlukan bantuan kerana ramai yang memiliki bakat tetapi tidak ada peluang dan penaja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN