fbpx

Kelindan maut tercampak dari treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelindan maut setelah tercampak keluar dari treler di Kilometer 354, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah hari ini.- FOTO: IHSAN PDRM

TAPAH – Seorang kelindan maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dalam nahas membabitkan dua treler di Kilometer 354, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 3.20 pagi itu mengorbankan Keria Salleh, 48, dari Jitra, Kedah yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika treler tanpa muatan dinaiki mangsa melanggar belakang sebuah treler lain yang dalam perjalanan dari Klang ke Pulau Pinang.

Katanya, akibat pelanggaran itu, mangsa telah tercampak keluar dari kenderaan hingga menyebabkan kecederaan parah.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans manakala rakannya yang memandu treler itu cedera di kaki kanan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan pemandu treler berusia 54 tahun itu pula dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, siasatan mendapati punca nahas itu akibat langgar belakang oleh treler dinaiki mangsa dengan sebuah treler lain.

“Tiada tangkapan dilakukan dan kes kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI