fbpx

MBG FruitShop bantu peniaga kecil tambah pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MBG FruitShop mahu membantu usahawan kecil yang baru memulakan perniagaan, dengan membenarkan mereka mengambil buah-buahan yang bernilai RM200 terlebih dahulu dan membuat bayaran kepada syarikat selepas mendapat keuntungan.

Pengarah Urusannya, Adnan Lee berkata, ini bertujuan untuk menghadapi suasana mencabar dalam keadaan ekonomi semasa atau kepada mereka yang kehilangan kerja dan mencari punca rezeki baharu untuk mencipta aliran pendapatan baharu.

“Ramai orang sudah mula berniaga secara kecil-kecilan dengan membeli buah-buahan segar pada harga borong dan membuat jualan sama ada secara fizikal atau secara online.

“Perniagaan ini berpotensi dan ia mampu memberi keuntu­ngan, jadi kami berharap tawaran ini dapat membantu mereka,” katanya dalam ­kenyataan bersempena pelancaran hab terbaharu MBG di Selayang, Selangor baru-baru ini.

Adnan menjelaskan, syarikat yang telah memiliki 30 cawangan MBG di pusat beli-belah itu melihat, hab baharu tersebut dapat memenuhi permintaan terhadap buah-buahan segar yang sema­kin meningkat ekoran pandemik Covid-19.

Menurutnya, orang ramai kini lebih banyak makan buah untuk meningkatkan sistem imunisasi.

“Oleh itu, jualan buah-buahan di pasar raya dan penghantaran secara online juga telah meningkat dengan ketara,” ujarnya.

Adnan menerangkan, hab MBG FruitShop yang baharu dengan melibatkan kawasan seluas 32,000 kaki persegi itu kini menjadi pusat sehenti bagi buah-buahan tempatan segar dan juga buah-buahan yang diterbangkan dari luar negara.

Kesegarannya terjamin kerana buah-buahan dibeli terus daripada peladang atau diimport dan di­simpan dalam bilik dingin.

“Di hab buah-buahan MBG Selayang, pengunjung boleh membeli buah dalam jumlah kecil atau secara pukal dalam karton pada harga ‘pasar borong’.

“Diskaun yang diberikan adalah antara 30 hingga 50 peratus berbanding harga di gedung runcit luar,” jelasnya.

Tambah beliau, hab tersebut dibahagi kepada empat bahagian iaitu di bahagian runcit, bahagian buah unik tertentu yang boleh didapati di sini sukar ditemui di kedai buah lain seperti masuk buah naga kuning, buah-buahan Jepun, buah tin segar dan strawberi Korea

Selain itu, terdapat bahagian buah-buahan dingin dengan kemudahan peti sejuk besar yang disediakan serta kawasan gudang yang mana produk di­simpan secara pukal pada suhu dingin untuk membolehkan penjual membeli dalam karton atau palet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI