fbpx

Dua lelaki jual mercun dan air ketum dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada mercun dan daun ketum yang dirampas dalam satu operasi di sebuah medan selera di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki selepas didapati menjalankan kegiatan penjualan mercun serta air ketum menerusi satu pemeriksaan banteras pengedaran dan penagihan dadah di sebuah medan selera di Kampung Baru di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, tangkapan dibuat kira-kira pukul 4 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas pemeriksaan menemui sejumlah mercun dan air ketum telah diproses.

“Salah seorang daripada suspek yang ditahan merupakan warganegara Indonesia dan kedua-dua mereka berusia dalam lingkungan 30-an dan 50-an.

“Pemeriksaan yang dilakukan di salah sebuah lot kedai di medan selera itu telah menemui pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM25,000 dan lima beg guni yang di dalamnya mengandungi 320 bungkus plastik lutsinar berisi daun ketum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, kesemua daun ketum itu dianggarkan seberat 64 kilogram dengan nilai kira-kira RM640 dan pihak polis turut menemui 14 botol minuman berisi air ketum 21 Liter bersamaan RM210.

“Semakan yang dilakukan mendapati suspek mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah dan kedua-dua mereka dibenarkan reman selama empat hari sehingga 25 April ini.

“Siasatan awal mendapati mercun tersebut dipercayai untuk dijual kepada penduduk di sekitar ibu negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala air ketum itu pula diproses oleh suspek untuk dijual dengan harga RM10 sebungkus,” jelas beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI