fbpx

Agong setuju jumpa Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalid.

PETALING JAYA – Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bersetuju untuk menerima menghadap jawatankuasa tersebut.

Pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad berkata, beliau telah menerima warkah dari Istana Negara yang memaklumkan tentang perkara itu.

Bagaimanapun, kata beliau, tarikh untuk Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat menghadap Al-Sultan Abdullah belum ditetapkan oleh Istana Negara.

“Sukacita dimaklumkan bahawa, pagi ini saya telah menerima warkah dari Istana Negara yang memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju menerima menghadap Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat untuk menyerah petisyen untuk merayu agar darurat ditamatkan.

“Walaupun tarikh untuk menghadap belum ditentukan, kami yakin satu tarikh akan ditetapkan seberapa segera untuk membolehkan kami semua menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan petisyen rayuan tersebut. Kesan buruk darurat semakin ketara hari ke hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid mendakwa, warkah dari Istana Negara itu ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang Dipertuan Agong, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd. Alim.

Justeru, katanya, Jawatankuasa Merayu Penamatan Darurat mengucapkan jutaan terima kasih diatas keperihatinan baginda dan bersetuju menerima menghadap jawatankuasa berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI