fbpx

Tidak sempat jual mercun seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mercun yang dirampas di dalam sebuah kereta di Kampung Kubang Kuau, Rantau Panjang semalam.

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki tidak sempat menikmati hasil jualan pelbagai jenis mercun yang diseludup bernilai RM3,175 selepas dia dicekup anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 di Kampung Kubang Kuau di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan dijalankan pada pukul 3 petang selepas anggota PGA menahan lelaki berusia 26 tahun itu ketika dia sedang memandu kereta jenis Proton Wira.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam kereta itu telah menemui pelbagai jenis mercun dipercayai untuk dijual sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Siasatan awal mendapati kesemua mercun tersebut diseludup menerusi pangkalan haram di Sungai Golok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, menurut Azhari, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis pakaian dan barangan kosmetik berjumlah RM86,690 yang diseludup masuk ke negara ini awal pagi tadi.

Katanya, rampasan itu dijalankan berhampiran pangkalan haram Abe Yie di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI