fbpx

Penolong Pegawai Farmasi tertipu pegawai LHDN palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JEMPOL – Seorang penolong pegawai farmasi kerugian sebanyak RM21,250 selepas terpedaya dengan memberikan nombor hadapan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya kepada ahli sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa iaitu seorang wanita berusia pertengahan 50-an telah menerima panggilan talefon dari nombor 012-1918718 yang memperkenalkan diri sebagai Encik Samsul Zaman daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ketika sedang bekerja kira-kira pukul 11.43 pagi, Isnin lalu.

Menurutnya, pemanggil menyatakan mangsa mempunyai akaun tertunggak sebanyak RM38,600 yang perlu dijelaskan atas nama syarikat Anco Marketing & Trading.

“Mangsa menafikannya, namun panggilan berkenaan telah disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan mangsa telah bercakap dengan Sarjan Danny.

“Mangsa ditakutkan dengan risiko akaun bank dibekukan kerana mangsa kononnya terlibat dengan pengubahan wang haram dan panggilan berkenaan disambungkan kepada Tuan Rosdi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini tadi.

Chang Hook berkata, ahli sindiket menakutkan lagi mangsa dengan menyatakan penyata bank mangsa ditemui dalam rumah penjenayah dan mangsa diminta bercakap dengan seseorang individu lain berpangkat ‘Datuk’ supaya mangsa tidak dikenakan hukuman dan waran tangkap.

Menurutnya, mangsa bercakap dengan individu berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai ACP Zulkifli dan telah meminta mangsa nombor hadapan kad ATM untuk memastikan dengan Bank Negara Malaysia bahawa akaun mangsa tidak terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Selepas mangsa memberi nombor hadapan kad ATM, mangsa telah terima satu mesej daripada Bank Rakyat mengatakan mangsa ada membuat pemindahan wang sebanyak RM10,000 daripada akaun Tabung Haji dan telah pindahkan wang itu ke akaun Bank Rakyat.

“Mangsa telah membuat pemeriksaan ke atas kesemua akaun dan mendapati, wang miliknya berjumlah RM21,250 telah hilang daripada akaun CIMB dan Bank Rakyat.

Menurutnya, mangsa yang menyedari telah tertipu membuat laporan polis di Balai Polis Bahau, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI