fbpx
Mohd. Yusoff

Polis siasat penyebaran maklumat palsu kes Nurfisya maut 61 tikaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan spekulasi dan maklumat palsu berkait kes seorang gadis maut dengan 61 tikaman sebelum ditinggalkan Kampung Simah, Ketereh di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis memandang serius penyebaran hantaran yang mengandungi fakta tidak tepat sehingga boleh mengelirukan orang ramai. Antara kandungan yang dikesan termasuk spekulasi berkaitan latar belakang suspek, penggunaan gambar rasmi Ketua Polis Kelantan bagi menarik perhatian awam selain tajuk sensasi yang tidak tepat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, pihaknya turut mengesan tindakan mengeksploitasi kenyataan rasmi polis dengan cara dimanipulasi atau ditokok tambah dan penggunaan logo rasmi Polis Diraja Malaysia tanpa kebenaran.

“Orang ramai perlu lebih bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dengan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya. Semua pihak juga diminta mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang gadis, Nurfisya Zulkifly, 19, yang dibunuh dengan 61 tikaman sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini pada Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN