fbpx

‘KLCC’ sohor kini di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLCC trending di Twitter hari ini.

PETALING JAYA – Akibat kejadian bunuh diri berlaku di Suria KLCC tengah tadi, perkataan ‘KLCC’ yang merujuk kepada menara berkembar ikonik negara itu sohor kini (trending) di Twitter hari ini.

Sehingga pukul 4.30 petang tadi, perkataan itu telah mendapat lebih 3,400 ciapan dan rata-rata netizen berkongsi kisah yang berlaku dalam tersebut.

Menurut seorang netizen yang dikenali Elyia Nadiya, dia memberitahu rakannya ternampak kejadian itu sewaktu keluar makan tengah hari di pusat beli-belah itu.

“Kawan saya nampak mangsa berdiri di luar pagar dan tiba-tiba dia (mangsa) terjun.

“Dia (kawan) memberitahu bunyi mangsa jatuh seperti bunyi ‘helmet’ terhempas ke lantai,” ciapnya.

Selain itu, ada juga netizen melahirkan kebimbangan tentang perkara yang berlaku di KLCC tengah hari tadi seperti ciapan yang ditinggalkan FYY.MG :”Takutnya ada orang bunuh diri dekat KLCC.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 3, Suria KLCC, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.52 tengah hari.

Pada masa sama, tular gambar di media sosial yang memaparkan seorang lelaki terbaring di aras bawah bangunan itu dipercayai mangsa bunuh diri di bangunan terbabit – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI