fbpx

Mustahil manipulasi angka kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri beramah mesra dengan pelatih ATM pada Majlis Berbuka Puasa di Port Dickson sebentar tadi.

PORT DICKSON – Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi peringatan supaya tidak menguarkan cerita tidak betul dan boleh diambil tindakan.

Beliau mengulas dakwaan seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa angka yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah palsu.

Katanya, beliau tidak mahu memberi amaran namun memberitahu di bawah ordinan darurat penyebaran berita palsu boleh diambil tindakan.

“Saya tak nak beri beri amaran tapi sedikit ingatkan supaya tak terlibat dalam kes yang boleh mengakibatkan ditangkap polis.

“Kalau boleh rakyat sama-sama membantu kerana tugas KKM, polis, pihak berkuasa untuk jaga nyawa dan kepentingan semua rakyat di negara kita,” katanya .

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Kanan Pertahanan bersama Warga Pemerintah Latihan dan Doktrin Tentera Darat di Pusat Latihan Tentera Darat di sini hari ini.

Tambahnya, beliau juga tidak tahu dari mana netizen mendapat laporan berkenaan jumlah kes.

“Kita dimaklumkan sebelum pukul 12 tengah harisetiap hari. Kementerian Kesihatan akan terima laporan dari setiap negeri.

“Jadi Kementerian Kesihatan tak boleh manipulasi seperti yang dituduh oleh ramai di luar sana yang kata nombor itu dimanipulasi,” tambahnya.

Jelas Ismail Sabri, setiap negeri tahu data dan laporan yang dihantar berkenaan angka kes positif sebagai contoh di Negeri Sembilan.

“Jadi dari segi keseluruhan itu baru diumumkan KKM dan tidak mungkin KKM nak manipulasi nombor sebab di setiap negeri itu boleh campur antara negeri dan negeri,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI