fbpx

Wanita berkahwin mudah terjerat Love Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Golongan wanita yang telah berkahwin lebih cenderung menjadi mangsa sindiket Love Scam di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, ini berdasarkan rekod dalam tempoh tiga tahun bermula 2019 hingga Mac lalu yang menunjukkan 159 kes melibatkan golongan itu berbanding hanya 77 kes bagi individu bujang.

Katanya, rata-rata wanita itu berusia 40 tahun ke atas yang mudah terpedaya ayat dan janji manis daripada suspek.

“Faktor kesunyian dan memerlukan teman hidup menyebabkan mereka mudah terjerat walaupun perkenalan hanya menerusi perbualan telefon sahaja.

“Suspek kemudiannya mula memperdaya mangsa dengan menagih simpati dan meminta pelbagai pertolongan kewangan sehingga akhirnya mangsa memasukkan wang ke dalam akaun suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, ini termasuk menggunakan taktik penghantaran hadiah berupa barangan berharga kepada mangsa ditahan pihak kastam.

Kata Muhammad Yazid, kerugian yang dicatatkan bagi tahun 2019 adalah RM22 juta; 2020 ( RM16.4 juta) dan Januari hingga Mac 2021 ( RM2.3juta). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI