fbpx

KBS arah BAM patuhi arahan dan prosedur KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican

PUTRAJAYA – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu segera mengambil tindakan mengikut arahan dan prosedur Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kes jangkitan Covid 19 di akademik berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, keselamatan atlet, jurulatih dan pegawai sentiasa menjadi keutamaan.

“Saya telah dimaklumkan mengenai kes jangkitan Covid-19 di Akademi Badminton Malaysia.

“Arahan telah diberikan kepada BAM, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara supaya mengambil tindakan segera mengikut arahan dan prosedur KKM,” jelasnya menerusi ciapan di Twitter hari ini

Terdahulu enam pemain di bawah BAM disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan semalam.

Badan induk berkenaan melalui satu kenyataan memaklumkan, kesemua pemain berkenaan tidak menunjukkan sebarang simptom dan sekarang ini sedang menjalani kuarantin serta pemantauan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI