fbpx

RM5.8 juta peruntukan infrastruktur Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida mendengar taklimat berkaitan projek naik taraf Pasar Awam Jementah, Segamat hari ini.

SEGAMAT – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan bernilai RM5.8 juta bagi membaik pulih dan membina beberapa infrastruktur di daerah ini.

Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, peruntukan itu merupakan inisiatif melibatkan projek bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat dan kemudahan awam.

Katanya, antara projek yang terlibat dalam kelulusan peruntukan itu ialah seperti menaik taraf Pasar Awam Jementah dan pembinaan baharu Terminal Bas Jementah dengan kos RM1 juta.

“Peruntukan itu turut meliputi pembinaan Tapak Dataran Yayasan di Taman Yayasan di Buloh Kasap dan naik taraf Medan Taman Yayasan dengan kos RM1.3 juta.

“Selain itu, naik taraf Tapak Medan Selera Majlis Perbandaran Segamat (MPS) di Pekan Jabi juga Gerai Seralbanika Jalan Aji bandar Segamat RM1.5 juta dan cadangan pembinaan Pusat Rekreasi Awam persisir Sungai Segamat RM2 juta,” katanya disini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI