Gambar hiasan.

Lebih RM10 juta tambah baik Lapangan Terbang Long Lellang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM10.615 juta bagi melaksanakan kerja penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan di Lapangan Terbang Long Lellang di Sarawak sebagai langkah memperkukuh keselamatan serta kesiapsiagaan operasi, susulan insiden pada September lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata skop kerja melibatkan penurapan semula kawasan parkir pesawat dianggarkan bernilai RM1.2 juta, laluan pesawat (RM224,000), landasan (RM7.191 juta) dan pembinaan loji bancuhan mini (RM2 juta).

“Kerja penurapan ini dijangka bermula pada suku 2027 dan dijangka siap pada suku pertama 2028,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) mengenai tindakan kementerian bagi menambah baik pengurusan keselamatan dan respons kecemasan di kesemua Lapangan Terbang Berlepas dan Mendarat Jarak Pendek (STOLport) yang beroperasi di Sarawak susulan kejadian berkenaan.

Insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas dan terbakar berhampiran STOLport Long Lellang pada 8 Sept lepas mengorbankan lima nyawa, termasuk empat petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN