fbpx

Ramai tak sabar tunggu kelahiran bayi lelaki Siti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI sedang menghitung hari untuk melahirkan bayi keduanya.

Minggu ini, pasti ramai yang ternanti-nanti berita gembira tentang penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bukan tentang lagu baharu, tetapi pastinya berita tentang orang baharu yang dijangka lahir pada awal Ramadan ini.

Lebih membuatkan ramai teruja ialah, jantina bayi itu ialah lelaki. Memang tidak sabar nak lihat wajah si comel TokTi dan Datuk Khalid itu.

Cerita kelahiran tersebut pasti menjadi antara berita paling besar pada minggu ini. Lihat saja kelahiran Siti Aafiyah tiga tahun lalu, memang kecoh satu negara.

Apa pun, Mizz Lahar doakan segala urusan kelahiran anak kedua TokTi dipermudahkan Allah SWT. Tidak sabar nak lihat reaksi Aafiyah ketika melihat adiknya nanti.

MIZZ LAHAR: Rasa-rasanya apa nama yang bakal diberikan kepada bayi lelaki itu nanti ya? Dengarnya akan bermula dengan huruf A.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI