fbpx

Penduduk Kupang derita sumber bekalan air bukit dicemari lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Kupang yang keruh dipercayai berpunca daripada projek tanaman durian Musang King di Gunung Inas, Kupang, Baling.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

ALOR SETAR – Kira-kira 2,000 penduduk di tujuh kampung di Kupang, Baling dekat sini gelisah dan bimbang apabila sumber bekalan air masyarakat atau takungan air bukit kegunaan mereka dicemari sisa lumpur akibat projek tanaman durian Musang King di Gunung Inas.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader mendakwa, masalah yang berlaku sejak dua tahun lalu itu turut mencemarkan Sungai Kupang dan mengancam tanah sawah di kawasan tersebut.

Katanya, kampung yang terlibat ialah Kampung Bok Bak, Iboi, Bukit Iboi, Masjid Iboi, Padang Empang, Bendang Pecah dan Bendang Padang.

“Tinjauan CAP mendapati air sungai tersebut yang menjadi sumber utama bekalan air dari takungan air bukit kegunaan penduduk keruh selain terdapat sisa lumpur dan pasir mendap di dasarnya sehingga mengakibatkan sungai semakin cetek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohideen, penduduk mendakwa keadaan bekalan air di rumah mereka tercemar dengan sisa lumpur dan terpaksa menakungnya terlebih dahulu sebelum digunakan.

“Bagi keperluan minuman pula, ada kalangan penduduk membeli air mineral,” ujarnya.

Jelasnya, Syarikat Air Darul Aman (SADA) turut menyalurkan bekalan air paip kepada penduduk terlibat tetapi bekalan tersebut kerap terputus dan tidak mencukupi untuk kegunaan harian mereka.

“Selain pencemaran bekalan air penduduk, ramai pesawah di kawasan ini tidak dapat mengusahakan tanah sawah mereka kerana diancam sisa lumpur dan pasir dari kawasan projek itu.

“Tanah sawah didakwa menjadi keras, tidak subur dan terbiar,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI