fbpx
Wati Toshan (duduk belakang) dan mentuanya, Raujiah Salleh (kiri) yang menjaga Mohd Ridzuan Mohd Yassin yang menghidap  pelbagai jenis penyakit dan terlantar di rumah di Felda Kota Gelanggi Dua di Jerantut.

Pemandu teksi terlantar sakit, hilang pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT – Kehadiran Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi begitu berbeza buat Mohd Ridzuan Mohd Yassin, 44, apabila dia kini hanya mampu terlantar di atas katil rumah ibunya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini.

Mohd. Ridzuan yanng telah 27 tahun merantau ke ibu kota menjadi pemandu teksi terpaksa dibawa pulang ke kampung awal bulan ini akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit iaitu kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, jantung, paru-paru dan kudis di bahagian belakang badan.

Isterinya, Wati Toshan, 33, berkata, sebelum ini suaminya sering berulang alik ke Hospital Serdang bagi membuat rawatan sehinggalah terlantar dan tidak mampu berjalan pada awal tahun ini.

Katanya, akibat penderitaan yang ditanggung itu membuatkan ibu mentuanya, Raujiah Salleh,60, membawa mereka pulang ke Felda Kota Gelanggi Dua dan meneruskan rawatan suaminya di situ.

“Penyakit yang dia (Mohd. Ridzuan) tanggung semakin melarat dan dia tidak mampu bangun lagi sehingga timbul kudis di bahagian belakang badan kerana terlalu lama berbaring.

“Kini suami cuma makan bubur dan keadaan badannya mulai kurus serta lemah manakala urusan ke bilik air dan tandas, saya dan mentua bantu dengan menggunakan kerusi roda,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini hari ini.

Menurut Wati sebagai seorang suri rumah dia sememangnya tidak mampu menguruskan perbelanjaan perubatan suaminya khususnya untuk berulang alik ke hospital apatah lagi terpaksa menanggung perbelanjaan sekolah seorang anak berusia 10 tahun.

Dia memberitahu, akibat tiada sumber pendapatan menuyebabkan mereka juga gagal melunaskan bayaran ansuran bulanan rumah yang dibeli suaminya di Sepang, Selangor.

“Duit simpanan suami hasil bekerja sebagai pemandu teksi sudah habis dibelanjakan sejak kesihatannya terganggu.

“Saya berharap sangat ada pihak tertentu dan dermawan yang dapat membantu kebajikan kami sekeluarga khususnya perbelanjaan urusan perubatan dan sara hidup suami yang semakin uzur,”ujarnya.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantau boleh menghubungi Raujiah Salleh ditalian 019-9633358 atau menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB bernombor 7035754437. -K! ONLINE