fbpx
Sebuah treler yang membawa muatan melebihi had tersangkut di bawah jambatan di Kilometer 11.2 Lebuh Raya Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah utara dekat sini semalam.

Treler tersangkut, jalan sesak di Bukit Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh IZZATUL ‘AIN AZMAN

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya di laluan Setia Alam-Bukit Raja menghala ke Subang Jaya terpaksa menempuh kesesakan luar biasa apabila sebuah treler yang membawa muatan melebihi had tersangkut di bawah jambatan di Kilometer 11.2 Lebuh Raya Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah utara dekat sini semalam.

Kejadian pada pukul 4.30 pagi itu berlaku apabila muatan kerangka besi yang dibawa oleh pemandu treler tersangkut di bawah jejambat tersebut. Sehingga pukul 6 petang ini, treler tersebut masih belum dapat dialihkan.

Berdasarkan kenyataan yang tular, kejadian itu kerja-kerja mengalihkan muatan dan proses membuang angin tayar kenderaan berat itu sedang dilakukan.

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Mikey berkata, pihak berkuasa perlu memeriksa semula ketinggian jambatan tersebut ekoran laluan di sebelah kiri didakwa agak rendah berbanding di kanannya.

“Pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan konsesi perlu periksa semula ketinggian di sebelah kiri. Adakah ia sama seperti papan tanda amaran yang dinyatakan? Ramai pemandu kargo akan ambil laluan kanan apabila memandu di sini,” komen Mikey.

Rata-rata pengguna resah dengan kejadian itu kerana mendakwa konkrit pada jambatan tersebut pecah, besi-besi dalam konkrit juga ikut keluar dan ada yang putus dan memungkinkan jambatan itu runtuh. – K! ONLINE

POPULAR