fbpx

Geran RM2juta Program MyKasih Kapital bantu wanita jana pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina beramah mesra bersama penerima Geran MyKasih Kapital pada Majlis Penyerahan Geran MyKasih Kapital di Movenpick Hotel and Convention Centre, KLIA Sepang di sini hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukan geran bernilai RM2 juta melalui Program MyKasih Kapital kepada  golongan wanita untuk menjana pendapatan menerusi perniagaan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, seramai 4,000 usahawan wanita  bakal mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ini.

Katanya, Geran MyKasih Kapital merupakan manifestasi sokongan kementerian kepada para wanita yang bakal bergelar usahawan.

“Pemberian insentif ini sebagai satu usaha menggalakkan wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang, dropship atau perniagaan lain.

“Objektif utama program ialah memperkasakan ekonomi wanita yang terkesan pandemik Covid-19 melalui pemberian modal perniagaan, membantu meningkatkan taraf hidup wanita yang memerlukan bantuan kewangan dan mengoptimumkan potensi wanita berdasarkan bidang kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Geran MyKasih Kapital kepada 100 penerima bagi fasa pertama di Hotel Movenpick, Sepang hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Operasi KPWKM,  Mohd. Yusri Mohd. Yusoff, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Ema Suhaili  dan Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Haron.

Rina berkata, bagi memastikan Geran MyKasih Kapital benar-benar digunakan, YKN akan melaksanakan kajian penilaian keberhasilan atau penilaian outcome ke atas usahawan yang menerima geran tersebut.

Menurutnya lagi, kajian itu juga akan menilai kesan impak sosial yang dapat dihasilkan menerusi pemberian geran berkenaan.

“Program pemantauan dan penilaian keberhasilan ini akan dilaksanakan selepas enam bulan daripada tempoh pemberian geran.

“Selain program ini, kerajaan juga telah memperuntukkan RM50 juta bagi pembiayaan mikro dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tekun Nasional telah diberikan khusus untuk wanita,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI