fbpx

Lee Ji-ah sumbang gajet untuk pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JI-AH

AKTRES popular Lee Ji-ah baru-baru ini membuat sumbangan amal berbentuk teknologi bagi membantu golongan pelajar muda yang tercicir dalam pelajaran.

Yayasan Anak Muda Hijau (Child Fund Korea) mendedahkan bahawa pelakon itu memberikan sumbangan kepada pihak mereka dalam amaun yang begitu banyak namun tidak dinyatakan jumlahnya.

“Disebabkan pandemik Covid-19, sekolah semakin bergantung dengan kaedah pembelajaran jarak jauh tanpa perlu bersemuka.

“Jadi ini sedikit sebanyak memberi impak kepada pelajar-pelajar yang datang daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah dan menghadapi kesukaran membeli peralatan atau gajet untuk mengikuti pembelajaran dalam talian,” ujar wakil yayasan.

Dengan harapan dapat memberikan bantuan praktikal kepada pelajar yang memerlukan, Ji-ah bertindak membeli dan menyumbangkan peralatan teknologi berupa tablet dan komputer riba untuk pelajar yang terbabit.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang baru sahaja menamatkan penggambaran drama fenomena, The Penthouse 2 itu sedang berehat dan akan memasuki semula set untuk musim ketiga naskhah popular tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI