fbpx
GAMBAR HIASAN

Jangan terlebih sudu dari kuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SITI KAMILAH MUSTAPHA, PENOLONG PENGARANG BERITA KOSMO!

BERGEGAR negara kita apabila ada seorang artis didakwa langgar prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis perkahwinannya, tidak habis di situ sahaja timbul pula isu merentas negeri didakwa untuk berbulan madu.

Minggu lepas kiranya sibuklah netizen buat berita hingga ke dua dan tiga berita untuk dijadikan bahan membawang.

Tidak terkecuali pembukaan sebuah cawangan minuman terkenal di sebuah pusat peranginan juga dikorek-korek oleh netizen.

Ruangan komen mengenai berita artis ini juga macam-macam maklumat diberikan, ada dikata oleh kakak netizen yang bekerja tempat di tempat kereta kabel pusat peranginan itu mengiyakan cawangan terbaharu minuman itu akan dibuka.

Jika lihat ruangan komen setiap berita mengenai artis ini, macam-macam maklumat diperolehi, boleh dikatakan boleh dibuat berita baharu mengenai maklumat berkenaan.

Itulah penyiasatan alaf baru, ada yang digelar ‘penyiasatan Jabatan Netizen Malaysia’, boleh dikatakan kerja penyiasatan pihak berkuasa juga menjadi lebih mudah dengan adanya maklumat seumpama itu.

Penulis teringat satu kisah pembunuhan dalam negara ini yang cukup besar, kes itu seumpama ‘lauk’ kepada netizen.

Setiap posting di laman sosial mangsa dan suspek dikorek-korek dan ditinggalkan di ruangan komen seolah-olah ‘maklumat akulah yang paling hebat’.

Maklumat yang diberikan itu tiada berselindung lagi dan kadangkala mengaibkan suspek dan mangsa sendiri.

Itulah yang membezakan penyiasatan wartawan sebenar dan penyiasatan netizen.

Wartawan sebenar masih berpegang kepada etika kewartawann yang diasah apabila memulakan kerja di satu organisasi media.

Manakala netizen pula ada kalanya maklumat yang disampaikan boleh menjadi ‘senjata makan tuan’.

Sudah terbukti apabila ramai juga netizen yang mengada-adakan sesuatu posting dan ciapan demi mendapat mendapat nama dan menjadi terkenal.

Akhirnya surat saman sampai dan mereka akhirnya terpaksa meminta maaf atas kesalahan fakta dan terlepas tangan menaip di laman sosial.

Walaupun ramai yang menggunakan akaun palsu untuk mengaburi setiap posting yang ditinggalkan tetapi undang-undang tidak menghalalkan cara.

Hati-hati apabila menulis, jangan sampai terlebih sudu dari kuah. -K! ONLINE