fbpx
Perkongsian Anwar sedang menggunting rambut di laman Facebook malam tadi.

Anwar ‘bojeng’ rambut, netizen puji kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian apabila tampil santai memotong rambut bersama seorang tukang gunting di sebuah kedai, semalam.

Dalam perkongsian menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar kelihatan tenang ketika menggunting rambut, dengan latar belakang muzik lagu Bila Mama Pakai Celana nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang terhibur dan memuji penampilan beliau.

“I also cut my hair today what a coincidence (Saya juga potong rambut hari ini, kebetulan pula),” tulis Mei Qin.

“Wah hensem gila Datuk Seri. We love (sayang) PMX,” kata Jerung Jinak.

“Sabar dan tenang itulah antara sikap PMX yang paling tinggi dan kuat,” komen Muhammad Mas’ab.

Perkongsian tersebut jelas memperlihatkan sisi santai pemimpin nombor satu negara itu yang dekat dengan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN