fbpx

Selangor kekal dahului kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Karishma cuba membuat hantaran bola kepada rakan sepasukan sambil dihalang oleh pemain Pahang pada aksi Kumpulan B NSL malam tadi.

SELANGOR Angels memastikan mereka terus mendahului saingan Kumpulan B Netball Super League (NSL) selepas menewaskan Pahang Tulips 77-46 di Stadium Juara, Bukit Kiara malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus memastikan perebutan kejuaraan saingan Kumpulan B ditentukan pada aksi terakhir antara Selangor dan Johor Jewels malam ini.

Pada perlawanan semalam, Selangor memulakan permainan dengan cukup agresif apabila melancarkan serangan demi serangan ke arah kubu pertahanan Pahang sebelum mendahului 18-8.

Bersambung suku masa ke­dua, Pahang meningkatkan tekanan, namun Selangor masih mampu bertahan sebelum menamatkan suku masa tersebut dengan 37-22.

Pemain Selangor, Nur Bahiyah Mohd. Farit berkata, gandingan goalshooter (GS), An Najwa Azizan dan goalattack (GA), S.L. Karishma menampilkan aksi yang cukup baik buat pasukannya.

“Gandingan GA dan GS hari ini (semalam) sangat baik kerana cukup serasi. Saya harap mereka kekalkan permainan seperti itu menjelang aksi menentang Johor.

“Saya akui sedih kerana tidak dapat beraksi apabila cedera sebelum ini, namun saya akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada mereka dalam setiap perlawanan,” kata Bahiyah.

Bagi aksi antara Selangor dan Johor malam ini, kedua-dua pa­sukan pastinya mahu mengelak daripada menjadi naib juara ke­rana perlu berdepan juara Kumpulan A, Kuala Lumpur Wildcats yang dianggap sebagai pasukan pilihan musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI