fbpx

Remaja tidak bersekolah ditahan lumba haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja berusia 16 tahun yang ditahan selepas dengan jelas berlumba motosikal bersama dua lagi rakannya di Lebuh Raya Grand Saga di sini hari ini.

PETALING JAYA – Remaja 16 tahun yang tidak bersekolah antara tiga ditahan polis selepas melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuh Raya Grand Saga menghala ke arah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam operasi pada pukul 12.30 pagi itu dijalankan dengan kekuatan dua pegawai dan 15 anggota dari Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, ketiga-tiga remaja yang menunggang tiga buah motosikal tersebut didapati dengan jelas bersaing sesama sendiri, melakukan aksi ‘Superman’ termasuk ‘Zig Zag’ yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri termasuk pengguna jalan raya yang lain.

“Kesemua suspek berusia 16 dan 20 tahun itu didapati melakukan aksi terbabit bermula dari Kilometer 17 Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Bukit Dukung sehingga Kilometer 15 susur ke Cheras Perdana di Lebuh Raya Grand Saga.

“Mereka juga telah membuat pusingan menghala ke arah Kajang dan kembali berlumba dari Kilometer 15 Cheras Perdana sehingga ke Kilometer 20 susur Kajang. Mereka juga didapati mengulangi aksi berkenaan sebanyak sekali,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, dua suspek telah ditahan selepas menghentikan motosikal di bahu jalan Kilometer 17 Bukit Dukung sementara seorang lagi suspek ditahan di kawasan parkir kuarters Guru Alam Damai, Cheras.

“Siasatan awal mendapati, kesemua suspek yang tinggal di kawasan sekitar Cheras itu melakukan aksi berbahaya kerana ingin menguji motosikal masing-masing jenis Yamaha LC135 (2) dan sebuah Yamaha Lagenda 115Z.

“Siasatan juga mendapati, remaja berusia 16 tahun itu tidak bersekolah dan hanya mendapatkan pendidikan peringkat tadika.Kesemua tangkapan bersama motosikal mereka telah dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Sebanyak 15 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI