fbpx
Angel Ho dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Subang, Shah Alam sejak Ahad lalu.

Di mana Angel Ho ?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Subang, Shah Alam sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu kira-kira pukul 12.44 tengah malam tadi.

Menurut beliau, orang hilang (OH) dikenali sebagai Angel Ho Kha Suen dan berusia 15 tahun.

“Remaja perempuan itu dilaporkan tiada di rumah sejak 10 Mei lalu kira-kira pukul 7.30 pagi di alamat Kampung Subang, Shah Alam.

“OH kali terakhir dilihat memakai baju T-shirt berlambang warna hitam, seluar panjang biru gelap serta berkasut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, remaja itu mempunyai anggaran ketinggian 152 sentimeter dengan berat badan kira-kira 49 kilogram, berkulit cerah dan berambut lurus sedikit perang paras bahu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan mangsa diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Sarjan Muhamad Rais Azmi di talian 016-9495707 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN