fbpx

Kesesakan di Lebuh Raya Pasir Gudang tidak dapat dielakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Solihan (dua kanan) melawat lokasi kerja-kerja penambahbaikan di lebuhraya Pasir Gudang, Johor hari ini.

]JOHOR BAHRU – Kerja-kerja pembaikan jalan di Lebuh Raya Pasir Gudang di sini yang mengakibatkan kesesakan ketika ini dijangka akan siap sepenuhnya pada 26 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri berkata, kerja pembaikan itu melibatkan tiga lokasi yang berbeza.

Katanya, lokasi berkenaan adalah dari Plentong ke Taman Rinting, Taman Daya ke Persimpangan Pandan dan di Taman Perling.

“Bagi menangani kerosakan yang berulang, beberapa kaedah telah dicadangkan dan kita menggunakan kaedah ‘Mill and Pave’ dan ‘Cold In Place Recycling’ (CIPR) yang digunakan untuk memperkukuhkan struktur pavemen.

“Kaedah ini menggunakan bahan pavemen yang sedia ada di tapak dan dicampur dengan agen penstabil iaitu simen portland,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Sementara itu, beliau turut melakukan lawatan ke tapak lokasi kerja-kerja pembaikan jalan berkenaan di Plentong, hari ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya, Liow Cai Tung.

Tambah Mohd. Solihan lagi, penutupan dua lorong tidak dapat dielakkan kerana kelebaran lorong laju menjadi sempit dan tidak sesuai untuk laluan trafik.

“Situasi berkenaan akan membahayakan bukan sahaja kepada pengguna jalan raya tetapi juga pekerja.

“Keadaan di lorong perlahan lebih lebar kerana terdapat bahu jalan dan ianya lebih selamat untuk digunakan pengguna jalan raya,” ujarnya.

Sehubungan itu pihaknya menasihati pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif di Jalan Masai Lama atau Permas Jaya bagi mengurangkan kesesakan jalan.

“Pengguna diharapkan agar dapat bersabar demi kebaikan dan keselesaan di masa depan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI