fbpx

[VIDEO] ‘Orang lain hisap rokok, uncle seronok main belon buih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pemandu lori meniup belon buih ketika 'terperangkap' dalam kesesakan lalu lintas.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu lori bermain permainan belon buih ketika berdepan kesesakan lalu lintas menarik perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @Yanadiana, pemandu berkenaan dilihat meniup buih tersebut keluar daripada pintu cermin kenderaannya berulang kali.

Kebiasaannya, sesetengah pemandu dilihat menghisap rokok, namun tingkah laku lelaki tersebut yang memilih bermain belon mainan mencuit hati semua rakyat.

Rata-rata pengguna media sosial geli hati dengan perbuatan yang ditunjukkan oleh pemandu itu.

“Mungkin dia nak berhenti merokok, jadi gunakan bubble (buih) ganti rokok,” komen “prettytatty.

“Cubalah sesekali main bubble (buih) rasanya aman saja, mungkin salah satu cara nak hilangkan stress dan tenangkan diri,” komen @njh_anr.

“Comelnya uncle ini, buih ini sangatlah bagus berbanding asap rokok,” @baebaby219. – KOSMO! ONLINE

@yanadiyanarosli🤣🤣🤣🤣 mungkin anak dia punya♬ Madu dan Racun – Loleypop

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI