fbpx

Surat pembaca: MBSJ naik taraf Jalan Pipit, Puchong Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan di sekitar Bandar Puchong Jaya dijangka dapat diatasi dengan dua projek naik taraf infrastruktur oleh MBSJ.

SAUDARA PENGARANG,

Bagi melancarkan aliran trafik di Bandar Puchong Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan menjalankan dua projek infrastruktur di Jalan Pipit Puchong Jaya dan persimpangan Bukit Tandang.

Projek melibatkan kerja-kerja naik taraf di antara Jalan Pipit dengan Jalan Merbuk itu melibatkan penukaran dua persimpangan lampu isyarat kepada persimpangan lampu isyarat (staggered cross junction) melibatkan kos RM400,000 yang akan siap tiga bulan lagi.

Melalui kerja-kerja berkenaan, ia dapat mengurangkan masa menunggu di persimpangan tersebut seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana sistem rangkaian sedia ada tidak dapat menampung kepadatan lalu lintas di Jalan Pipit.

Laluan berkenaan adalah satu-satunya jalan keluar dan masuk bagi kawasan perumahan di Bukit Tandang.

Sementara itu, bagi projek kedua membabitkan pembinaan persimpangan sepanjang 500 meter dari Bukit Tandang ke Puchong Jaya bernilai RM30 juta.

Kedua-dua projek berkenaan akan membantu menyelesaikan masalah lalu lintas sehingga 80 peratus di kawasan berkenaan.

Azfarizal Abdul Rashid,
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Jabatan
Pengurusan Strategik MBSJ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI