fbpx

Kereta terbang Alef selesaikan masalah kesesakan lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIKAT itu telah menguji penerbangan prototaip bersaiz penuh Model A sejak 2019. - Alef Aeronautics

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sebuah syarikat pengangkutan elektrik berpangkalan di California memperkenalkan model ‘kereta terbang sebenar pertama di dunia’ berharga sekitar AS$305,221 (RM1.45 juta) yang sedia digunakan tidak lama lagi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Alef Aeronautics memper­kenalkan kereta terbang Model A yang bukan sahaja boleh dipandu di jalan raya, tetapi berlepas dan terbang di udara untuk mengelak­kan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Syarikat itu berkata, Model AS adalah satu-satunya kereta terbang yang boleh melakukan kedua-dua fungsi itu. 

Model A menggunakan infrastruktur bandar sedia ada bagi mengawal pemanduan dan mencari tempat letak kereta tetapi Alef Aeronautics berharap, ia mampu dipandu di lebuh raya langit pada masa hadapan.

Mereka merancang untuk membuat penghantaran pertama Model A pada tahun 2025 setelah membuka tempahan Rabu lalu. 

Disifatkan sebagai penyelesaian kepada isu kesesakan lalu lintas zaman moden, Model A mempunyai jarak pemanduan 321.9 kilometer (km) di daratan dan 177 km di udara.

“Kereta terbang Alef merupakan penyelesaian moden untuk keperluan pengangkutan bandar dan luar bandar pada abad ke-21 kerana ia pengangkutan terpantas dan paling mudah pernah dicipta untuk bergerak dari tempat berlepas ke destinasi akhir.

“Dengan membolehkan pengguna memilih mod memandu atau terbang, kereta terbang Alef berfungsi memberi laluan optimum bergantung kepada keadaan jalan, cuaca dan infrastruktur,” kata Pegawai Eksekutif Alef, Jim Dukhovny.

Syarikat itu telah menjalankan ujian penerbangan prototaip bersaiz penuh Model A sejak 2019 selain mengusahakan kereta terbang sejak 2015 dan disokong oleh sebilangan pelabur berprofil tinggi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI