fbpx

Cef Wan serik berhabis duit nikahkan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CEF WAN sekali lagi meluahkan isi hatinya berhubung perancangan pernikahaan kedua anak sulungnya, Serina.

PETALING JAYA – Cef selebriti tersohor negara, Cef Wan meluahkan keengganannya untuk sekali lagi berhabis duit melabur untuk melabur duit melangsungkan majlis perkahwinan kali kedua anak sulungnya, Serina Redzuawan.

Menerusi satu hantaran ‘panjang lebar’ yang dimuat naik cef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail dalam Instagramnya, dia berkongsi luahan tersebut berdasarkan pengalaman lalu apabila menaja 100 peratus perkahwinan pertama Serina dengan suami terdahulu.

“Suruh bakal suami kamu untuk membayar duit majlis perkahwinan sama seperti apa yang aku buat menaja 100 peratus perkahwinan kau dulu.

“Dia (pihak lelaki) yang gatal nak kahwin biarlah dia yang bertanggungjawab menanggungnya. Sejujurnya saya sudah serik tanggung 100 peratus perkahwinan anak saya termasuk anak lelaki sehingga dua kali!

“Pada akhirnya kamu lihat apa yang perlu saya tanggung? Cukup-cukuplah,” ujar Cef Wan.

Dalam hantaran itu juga, cef berusia 63 tahun itu juga enggan mengadakan majlis perkahwinan Serina di rumahnya kerana tidak mahu berasa penat dan membazir.

“Baru minggu lepas Rina (panggilan Serina) beritahu saya nak adakan majlis pernikahan selepas Raya Aidilfitri. Buat secara sederhana di rumah katanya.

“Tapi saya kata insya-Allah, sabar. Tapi dalam hati saya berfikir sudahlan buat di masjid dan jemput siapa yang hendak di jemput dan ‘make it official’ (nikah) sudah.

“Tak perlu nak menyemakkan rumah papa dengan buat majlis perkahwinan sebab papa dan nenek perlukan ketenangan. Papa juga ada tiga perniagaan yang hendak diuruskan. Waktu Covid-19 bukan boleh jemput ramai-ramai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cef Wan turut memberikan cadangan supaya Serina tidak membazir dan menggunakan belanja yang ada untuk memberi sedekah kepada anak-anak yatim sebagai amalan untuk akhirat.

“Rezeki lebih pergi beri makan anak-anak yatim lagi baik dan tentu saham akhirat itu ada daripada belanja majlis perkahwinan mahal-mahal. Membazir.

“Sudah terkena sekali cukuplah. Habis duit papa tak pasal-pasal, kerja setengah mati hari-hari. Yang penting nikah, halalkan yang haram sudahlah.

“Kahwin kali pertama okeylah, ini dah dua kali. Anak lelaki saya (Muhammad Nazri) esok nak kahwin kali ketiga (akan datang). Naik bulu roma ingatkan duit kita nak habis!” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 17 Mac lalu melaporkan bahawa Cef Wan mahu Serina dan teman lelakinya mengenali hati budi masing-ma¬sing sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Menurutnya, dia bukan mahu menghalang anaknya berkahwin dengan penjawat awam berusia 35 tahun itu, namun trauma dengan kegagalan perkahwinan pertama Serina bersama suami terdahulu, Gavin Edward OLuanaigh apabila berakhir dengan perceraian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI