fbpx

1,349 kes, dua kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,349 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 350,959 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, 1,342 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 14,509 kes.

“Terdapat dua kematian baharu menjadikan sebanyak 1,288 kes kematian Covid-19 di Malaysia.

“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 1,270 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 335,162 kes,” katanya menerusi satu ciapan Twitter di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 186 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 94 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN