fbpx

Konvokesyen MSU rai 1,959 graduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri menyerahkan skrol kepada graduan pada majlis konvokesyen itu di Kampus MSU Shah Alam.

SHAH ALAM – Seramai 1,959 graduan diraikan pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) ke-27 di sini, yang berlangsung selama empat hari bermula semalam.

Semua graduan daripada 90 program pengajian itu melibatkan 22 penerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana (68), Ijazah Sarjana Muda (955) dan Diploma (914).

MSU dalam kenyataannya berkata, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional (FBMP) menyumbang jumlah graduan terbesar iaitu seramai 693 orang.

“Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan (FISE) pula merupakan fakulti dengan jumlah program pengajian terbanyak iaitu 21 program.

“Turut diraikan adalah graduan sulung bagi tiga program pengajian iaitu Diploma Fisioterapi, Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam dan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Psikologi,” katanya.

Majlis konvokesyen itu dirasmikan Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid dan turut dihadiri Naib Canselornya, Prof. Puan Sri Dr. Junainah Abd. Hamid.

Kenyataan itu memaklumkan lima kategori anugerah khas kecemerlangan turut diberikan kepada 54 graduan bagi mengiktiraf pencapaian mereka sepanjang tempoh pengajian masing-masing.

“Mereka adalah penerima Anugerah Pingat Emas Canselor iaitu Sharul Ikmal Mohd Sukkeri,  Anugerah Presiden (Danish Haikal Asman dan M. P. Mekhavathanie) dan Mohd Shukri Yajid Outstanding Award (E. K. Proveen Krishnan).

“Selain itu, 50 graduan lain masing-masing menerima Anugerah Akademik dan Anugerah Industri,” katanya.

Semua graduan menerima skrol masing-masing mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Konvokesyen meliputi tujuh sidang majlis sehingga Jumaat ini sepatutnya berlangsung pada Oktober tahun lalu, namun ia tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI