fbpx

Geng Langau tumpas, 7 suspek diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soffian (dua kiri) bersama rangka motosikal yang dicuri ahli kumpulan geng berkenaan.

GEORGE TOWN – Kumpulan pencuri motosikal dikenali Geng Langau tumpas selepas polis menahan tujuh lelaki dalam serbuan di dua rumah di Labu Besar, Kulim, Kedah, pada Khamis lalu.

Suspek berusia 18 hingga 34 tahun itu ditahan semasa operasi kira-kira pukul 12.30 tengah malam oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya turut menahan ketua kumpulan iaitu lelaki berusia 25 tahun yang mempunyai 17 rekod jenayah bersama tiga motosikal disyaki dicuri dan beberapa komponen.

“Hasil siasatan ke atas ahli kumpulan itu, turut mendapati suspek membuang rangka motosikal ke dalam Sungai Sedim, Kedah selepas meleraikan komponennya.

“Dengan bantuan Unit Selam Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, kita berjaya menemui 25 rangka motosikal yang disyaki dicuri sekitar daerah ini, Seberang Jaya, Kulim dan Sungai Petani di Kedah,” katanya pada sidang akhbar di IPD Timur Laut di sini hari ini.

Soffian berkata, siasatan mendapati Geng Langau dipercayai aktif sejak 2015 dan mempunyai rangkaian tersendiri termasuk pembeli komponen motosikal.

“Mereka juga bergerak mengikut ‘permintaan’ pembeli yang mahukan komponen daripada jenis motosikal tertentu dan dijual pada harga lebih murah daripada pasaran.

“Sehubungan itu, kita masih lagi mengesan saki baki sindiket ini termasuk empat Geng Langau yang masih bebas,” katanya.

Jelas beliau, kesemua suspek direman sehingga hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI