fbpx

Lapan lelaki ditahan di rumah urut gay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian lelaki yang ditahan pihak berkuasa dalam serbuan di sebuah pusat urut di di Warisan City View, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA – Seramai lapan orang warga asing ditahan Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu Operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Urut homoseksual (gay) tanpa lesen di Warisan City View, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

DBKL menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, Jabatan Penguatkuasaan (JPK) DBKL telah melaksanakan operasi tersebut dengan menahan lapan orang warga asing di tingkat dua premis berkenaan melibatkan lapan buah bilik yang dijadikan tempat urut dan aktiviti seks sejenis.

“Daripada lapan orang yang ditahan lima orang lelaki merupakan warganegara Vietnam, Syria dan Indonesia bekerja sebagai tukang urut, dua orang warga Myanmar yang sedang melanggan dan seorang warga Indonesia bekerja sebagai penjaga premis tersebut.

“Kesemua indivitu tersebut ditahan dan diambil keterangan bagi proses dokumentasi DBKL,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya lagi, satu notis kompaun dan tindakan sita telah dikenakan terhadap premis tersebut.

“DBKL juga turut menyita sebanyak 25 pelbagai jenis peralatan premis termasuk kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI