fbpx

Selangor Angels pasang hajat besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN aksi melibatkan pasukan Selangor Angels menentang Pahang Tulips pada saingan Kumpulan B NSL di Stadium Juara, Bukit Kiara minggu lalu.

TONGGAK pertahanan Selangor Angels, Nur Firra Syuhada Hasrin menegaskan, mereka sudah bersedia sepenuhnya menghadapi aksi minggu kedua Netball Super League (NSL) meskipun ‘tempang’ tanpa seorang pemain.

Selangor terpaksa akur berkemungkinan besar gagal menggunakan khidmat goal shooter, Nur Bahiyah Mohd. Farit untuk dua perlawanan Kumpulan B menentang Negeri Sembilan Venom di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini dan esok.

NUR FIRRA

Nur Firra, 21, percaya mereka mampu menampung ketiadaan Bahiyah, 24, yang mengalami masalah kecederaan ligamen yang boleh mengakibatkan Anterior Cruciate Ligament sewaktu aksi menentang Pahang Tulips minggu lalu.

“Ketiadaan dia (Bahiyah) se­dikit menjejaskan sebab pasukan cuma ada 12 pemain. Namun, kami percaya dengan kebolehan dan kemampuan masing-masing sekali gus cuba memberi prestasi terbaik minggu ini.

“Walaupun dia cedera tetapi semangatnya tetap ada bersama-sama dengan kami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Nur Firra yang beraksi selaku goal defend Selangor, enggan ambil pusing ancaman yang mampu dilancarkan Negeri Sembilan, sebaliknya lebih berminat memberikan fokus untuk memperbaiki rentak permainan mereka.

Bagaimanapun, pemain skuad kebangsaan yang memenangi pingat emas Sukan SEA Manila 2019 itu berharap Selangor dapat mencatat kemenangan besar dalam dua aksi minggu ini untuk mencapai sasaran mara ke separuh akhir.

“Kami perlu kejar jaringan sekarang kerana ia amat penting selepas kami seri dengan Johor minggu lalu. Buat masa ini, kami tidak fikir pihak lawan, sebalik­nya lebih kepada meningkatkan rentak dan memperbaiki kelemahan sendiri,” jelasnya.

Sebagai rekod, skuad bim­bingan Rosnani Ismail itu berjaya mengutip empat mata dalam dua aksi minggu lalu selepas seri 50-50 dengan Johor sebelum menang 80-39 ke atas Pahang Tulips.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI