fbpx

Nad Zainal berang sikap biadab pemandu lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nad Zainal

PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal naik berang dengan sikap segelintir pemandu lori di sekitar kawasan kediamannya apabila memandu kenderaan berat secara melulu sehingga mengancam keselamatan dirinya dan penduduk setempat.

Apa yang membuatkan pelakon itu bertambah marah apabila pemandu lori tersebut tergamak mengancam untuk melanggar kereta yang dinaikinya bersama suami dalam satu kejadian pagi ini.

“Tepat pada pukul 9 pagi, saya dan suami ingin pulang ke rumah. Di depan perumahan kami ada satu kerja pembinaan sedang dijalankan.

“Ini bukan pertama kali mereka ini (pemandu lori) memandu lori secara berbahaya dan mengancam penduduk di sini seperti parkir sesuka hati, memandu lori secara melulu dan degil!” kata Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 31, menerusi satu hantaran dalam Instagramnya.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu turut menceritakan satu kejadian yang baru sahaja berlaku membabitkan dirinya dengan pemandu sebuah lori yang dianggap sangat kurang ajar.

“Sebentar tadi lori ini keluar dari tapak pembinaan dengan laju dan menggesa kenderaan kami untuk berundur. Dia (pemandu lori) mengancam untuk melanggar kami.

“Mata pemandu merah. Ini bukan kali pertama terjadi. Pernah juga pemandu lori seperti melambat-lambatkan proses parkir lori dan menyebabkan kesesakan di satu-satunya jalan penduduk di sini pulang ke rumah

“Bila ada yang mahu membuat aduan pada pihak polis, mereka tidak takut malah mencabar dengan berkata, “laporlah, aku tak kisah”,” katanya yang sudah tiga kali berdepan sikap buruk pemandu lori dari tapak pembinaan tersebut.

Berhubung masalah yang dialaminya, Nad berasa seolah-olah dibuli di tempat sendiri. Pada masa sama, dia menyeru kepada pemilik projek berkenaan supaya memantau pekerja pembinaan di situ supaya lebih beradab.

“Kami sudah bertoleransi dengan pencemaran bunyi yang kalian buat. Kami faham (mereka) bertukang, takkan nak senyap macam orang menjahit pula,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI