fbpx

Zii Jia sandaran emas Sukan Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII Jia ceria bersama trofi yang dimenangi selepas muncul juara kejohanan All England di Birmingham, England kelmarin.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia boleh menjadi sandaran utama negara meraih pingat emas Sukan Olimpik di ­Tokyo, Jepun.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kemenangan Zia Jia sebagai juara Seluruh England kelmarin merupakan petanda­ pemain berusia 23 tahun itu mampu menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia dan taruhan kepada negara.

Menurut beliau, apa yang penting ketika ini adalah Zii Jia perlu memastikan prestasinya sentiasa konsisten selain menjaga kecergasan dan mengelak kecederaan.

Jelasnya, walaupun masih terlalu awal untuk menyatakan anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu berada di laluan tepat untuk memenangi emas Sukan Olimpik tetapi dengan persiapan itu, dia boleh menjadi sandaran utama negara selain atlet terjun dan berbasikal.

Reezal Merican berkata, beliau secara peribadi melihat prestasi Zii Jia sedang meningkat naik dan kebangkitan pemain berkenaan sukar dihentikan (unstoppable) apabila berada di kemuncak.

“Mudah-mudahan kita dapat menyaksikan unstoppable Zii Jia ini membawa sehingga ke tahap semasa dia beraksi di Sukan Olimpik nanti,” katanya pada sidang akhbar di George Town semalam.

Zii Jia kelmarin melakar kejutan apabila menewaskan pemain yang menghuni ranking kedua dunia dari Denmark, Viktor ­Axelsen pada aksi di Birmingham untuk muncul juara perseo­rangan lelaki kejohanan All England.

Zii Jia yang juga pemain No. 10 dunia mempamerkan aksi cukup bertenaga dan semangat juang tinggi dalam perlawanan yang berlangsung selama lebih sejam itu sebelum menang 30-29, 20-22, 21-9 ke atas Axelsen.

Zii Jia terlebih dahulu telah mencipta kejutan terbesar pada kejohanan itu apabila menewaskan pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota menerusi aksi dua set pada separuh akhir dengan keputusan 21-16, 21-19.

Reezal Merican turut menyifatkan kemenangan Zii Jia membuka mata dunia bahawa dia akan menjadi pemain yang bakal menempatkan diri lebih tinggi di persada antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI