fbpx

Netizen nujumkan tarikh nikah Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haris dan Neelofa nikah hari ini.

PETALING JAYA – Menghitung hari. Nama selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa menjadi bualan hangat netizen sejak semalam selepas ada yang mendakwa dia bakal menamatkan zaman bujang bersama Haris Ismail minggu ini.

Berdasarkan carian nama Neelofa menerusi forum gosip dan Twitter, ramai yang membuat andaian bahawa adik ipar Engku Emran itu dijangka melangsungkan pernikahan sama ada pada hari Khamis (25 Mac), Jumaat (26 Mac) atau Sabtu (27 Mac).

Tiga tarikh tersebut diramalkan sebagai tarikh hari pernikahan bekas pengacara MeleTOP itu.

Lebih menguatkan spekulasi, akaun Instagram peminat pasangan tersebut seperti @lofa.haris dan @neelofaharrisofficial beberapa kali berkongsi foto dengan kapsyen; “Jom kita hitung hari. Rasa-rasa berapa hari lagi?”

Selain itu, tersebar juga sekeping gambar yang memaparkan Haris berada di sebuah kedai songket bersama seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga Neelofa.

Foto tular yang memaparkan Haris berada di sebuah kedai songket dipercayai sebagai persiapan hari bahagianya.

Malah, kini peminat pasangan tersebut aktif menggunakan tanda pagar #NLFH dalam setiap hantaran berkaitan Neelofa dan Haris dalam media sosial.

Meskipun khabar angin tentang tarikh pernikahannya tersebar luas, Neelofa mahupun Haris masih mengunci mulut dan tiada sebarang perkongsian rasmi tentang persiapan hari bahagia mereka berdua.

Untuk rekod, bekas juara Dewi Remaja 2009/2010 itu bertunang dengan Haris yang merupakan bekas peserta program Pencetus Ummah pada 1 November tahun lalu.

Bagaimanapun, pada akhir tahun lalu, hubungan pasangan tersebut dikatakan bermasalah selepas ahli keluarga Neelofa memuat naik pelbagai hantaran berbaur perli dipercayai ditujukan kepada Haris.

Hujung Januari lalu, Neelofa dalam satu sidang media maya tampil menjelaskan, hubungannya dengan Haris baik-baik sahaja.

Pada masa sama, dia turut mengakui impian perkahwinannya musnah akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih diteruskan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI