fbpx
Pesawat kargo Trigana Air tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma- Detikcom/Wilpret Siagian

Pesawat kargo Trigana Air tergelincir, tiada kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA-Sebuah pesawat Trigana Air tergelincir sehingga keluar landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur, pukul 11.26 pagi waktu tempatan, lapor saluran  berita CNN Indonesia.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Adita Irawati berkata,  pesawat itu hanya membawa kargo dan tiada nyawa terkorban.

Tambahnya,  insiden tersebut menyebabkan semua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma dipindahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten.

“Ketika ini, Angkasa Pura 2 (syarikat pengendali lapangan terbang Indonesia) sudah memindahkan pelepasan dan pendaratan ke Soekarno Hatta,” ujar Adita.

Adita bagaimanapun tidak mendapat maklumat jumlah penerbangan yang telah dipindahkan.

Pengarah Utama PT Angkasa Pura 2, Muhammad Awaluddin belum memberikan respons pengesahan kepada CNN Indonesia tentang jumlah penerbangan yang terpaksa dipindahkan akibat insiden pesawat Trigana Air yang tergelincir.  -Agensi

 

POPULAR